Tentang Kami
Kenali Kami
Latar Belakang
Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Ilmiyyah At -Toyyibah (MTAQ DIAT) adalah Sekolah Agama
swasta berdaftar dengan JAIS yang menawarkan pengajaran Tahfiz & Maktab untuk pelajar sekolah dan kelas
pengajian Al-Quran, Hadith, Fardhu Ain dan Tafsir untuk pelajar dewasa.
Pihak madrasah
menawarkan saiz kelas yang luas, dengan bilangan pelajar yang sedikit untuk memastikan
persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
"Sampai-sampaikanlah ajaranku walaupun sepotong ayat “
Berpandukan sunnah tersebut, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Moga apa yang diusahakan ini mendapat penerimaan dan keredhaan daripada Allah Taala. Amin.
Visi Kami
- Menunaikan tanggungjwab dan amanah untuk menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang dipelajari untuk manfaat bersama dan menghayati keindahan Islam.
- Mendekatkan cerdik pandai agama dengan masyarakat, agar mudah didampingi dan saling memahami
- Mengajar Al-Quran dan amalan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم agar dapat mentaati Allah جل جلاله serta mengamalakan sepenuhnya sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم dalam kehidupan harian.
- Menanamkan cinta kepada Allah جل جلاله dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam diri

Misi Kami
- Membina institusi keluarga berlandaskan Islam dengan menyampaiakan dan mengamalkan ilmu-ilmu yang dipelajari bersama keluarga
- Menimbulkan keghairahan untuk melakukan suatu amaln dan meyakini akan
keindahannya dan kelebihannya. - Membentuk dan membudayakan generasi yang berakhlak mulia dan mengamalkan
cara hidup berpandukan Al-Quran, sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم dan bekerjaya. - Membentuk lapisan generasi yang celik agama dan Al-Quran agar tidak mudah
dipengaruhi oleh peredaran zaman.
Bagaimana Kami Bermula
Perjalanan ilmu, tarbiah dan amanah.

Madrasah ini ditubuhkan
Madrasah ini ditubuhkan di Lot 6433, Lorong Sri Cahaya 3 dengan tujuan asal mangajar
mengaji dan Fardhu Ain untuk pelajar sekolah. Setelah berdirinya bangunan, terdapat
permintaan dari penduduk sejiran untuk mewujudkan kelas mengaji untuk pelajar dewasa

Pengajian pelajar sekolah & Kelas Hafazan dimulakan
Alhamdulillah, bermula dengan 2 orang pelajar sekolah sepanjang tahun 2014, madrasah ini
mula mendapat perhatian dan sambutan dari penduduk sekeliling, pelajar semakin
bertambah. Apabila anak-anak ini diajar, kami dapati terdapat potensi pada anak-anak untuk
mengahafal Al-Quran, maka pendekatan untuk menghafal Al-Quran mula diterapkan.
Menyedari kemampuan dan kemahuan pelajar-pelajar sediaada, pihak madrasah
menawarkan kelas hafazan Al-Quran sepenuh masa tanpa asrama. Alhamdulillah, tawaran
kami disambut baik dan terdapat kesungguhan dalam diri pelajar. Jumlah pelajar semakin
bertambah begitu juga dengan jumlah hafazan mereka.

Cawangan Madrasah berasrama dibuka
Menyedari keperluan pelajar, pihak pengurusan membuat keputusan untuk membuka
sebuah lagi cawangan di alamat LOT 5861, Jalan Sri Cahaya untuk kemudahan asrama
tahfiz lelaki agar sepenuh perhatian dapat diberikan dan pelajar dapat fokus lebih didalam
hafazan mereka. Premis lama dikekalkan untuk pelajar perempuan sahaja.
Asrama untuk pelajar tahfiz perempuan dibuka dengan jumlah katil yang terhad dan
bersyarat. Dengan hafazan yang meningkat sehari demi sehari, pelajar ini perlu dipantau
dengan harapan dapat membantu hafazan mereka.

Terus Berkembang
Alhamdulillah MTAQ Darul Ilmiyyah At-Toyyibah masih berdiri dan berjalan hingga
penghujungnya dan mahu melangkah ke sesi 2020
Jemaah Pengurusan
Pengurusan & kakitangan MTAQ DIAT

Haji Mohd Phaudzi Bin Samsudin
Pengerusi

Hajjah Juriah Binti Zakaria
Penasihat

Ustazah Fatihah Binti Mohd Phaudzi
Bendahari

Ustazah Nabihah Binti Mohd Phaudzi
Naib Setiausaha

Ustaz Umar Bin Abd Aziz
Mudir

Ustaz Afiq I. Bin Rafiee
Setiausaha

Cik Puan Zainab Binti Ishak
Kakitangan
Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar kami yang berkelayakkan

Ustaz Umar Bin Abd Aziz
Hafiz Al-Quran 30 Juzuk – Madrasah Nahdatul Islamiah, Shah Alam
Aalim – Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan
Qari – Darul Uloom Zakariyya, Afrika SelatanDaurah Lughah – Universiti Abu Noor, Syria.

Ustaz Afiq I. Bin Rafiee
Hafiz Al-Quran 30 Juzuk – Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan
Aalim – Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan

Ustazah Fatihah Binti Mohd Phaudzi
Aalimah – Madrasah Tarbiyatul Banaat, Afrika Selatan
Daulah Lughah – Universiti Abu Noor, Syria

Ustazah Nur Afiqah Binti Aminuddin
Hafizah Al-Quran 30 juzuk – Maahad Tahfiz Baituz Zahra, Rawang

Ustazah Nabihah Binti Mohd Phaudzi
Aalimah – Madrasah Tarbiyatul Banaat, Afrika Selatan
Daie – Madrasah Tarbiyatul Banaat, Zambia

Ustazah Juwairiah Binti Rafiee
Hafiz Al-Quran 30 Juzuk – Maahad Tahfiz Ummul Qura’, Sabak Bernam
Aalimah – Madrasah Muienul Islam, Afrika Selatan

Ustazah Fatin Nadira Syuhada Binti Mohd Nasir
Diploma AlQuran dan Al Sunnah – KUIS
LUGHAH -MA’HAD DA’WAH WAL IRSHAD MOHD AL-FATEH
