Tentang Kami

Kenali Kami

Latar Belakang

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Ilmiyyah At -Toyyibah (MTAQ DIAT) adalah Sekolah Agama
swasta berdaftar dengan JAIS yang menawarkan pengajaran Tahfiz & Maktab untuk pelajar sekolah dan kelas
pengajian Al-Quran, Hadith, Fardhu Ain dan Tafsir untuk pelajar dewasa.

Pihak madrasah
menawarkan saiz kelas yang luas, dengan bilangan pelajar yang sedikit untuk memastikan
persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

"Sampai-sampaikanlah ajaranku walaupun sepotong ayat “

Berpandukan sunnah tersebut, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Moga apa yang diusahakan ini mendapat penerimaan dan keredhaan daripada Allah Taala. Amin.

Visi Kami

  • Menunaikan tanggungjwab dan amanah untuk menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang dipelajari untuk manfaat bersama dan menghayati keindahan Islam.
  • Mendekatkan cerdik pandai agama dengan masyarakat, agar mudah didampingi dan saling memahami
  • Mengajar Al-Quran dan amalan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم agar dapat mentaati Allah جل جلاله serta mengamalakan sepenuhnya sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم dalam kehidupan harian.
  • Menanamkan cinta kepada Allah جل جلاله dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam diri

Misi Kami

  • Membina institusi keluarga berlandaskan Islam dengan menyampaiakan dan mengamalkan ilmu-ilmu yang dipelajari bersama keluarga
  • Menimbulkan keghairahan untuk melakukan suatu amaln dan meyakini akan
    keindahannya dan kelebihannya.
  • Membentuk dan membudayakan generasi yang berakhlak mulia dan mengamalkan
    cara hidup berpandukan Al-Quran, sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم dan bekerjaya.
  • Membentuk lapisan generasi yang celik agama dan Al-Quran agar tidak mudah
    dipengaruhi oleh peredaran zaman.
SEJARAH MADRASAH

Bagaimana Kami Bermula

Perjalanan ilmu, tarbiah dan amanah.

2014

Madrasah ini ditubuhkan

Madrasah ini ditubuhkan di Lot 6433, Lorong Sri Cahaya 3 dengan tujuan asal mangajar
mengaji dan Fardhu Ain untuk pelajar sekolah. Setelah berdirinya bangunan, terdapat
permintaan dari penduduk sejiran untuk mewujudkan kelas mengaji untuk pelajar dewasa

2015 -2016

Pengajian pelajar sekolah & Kelas Hafazan dimulakan

Alhamdulillah, bermula dengan 2 orang pelajar sekolah sepanjang tahun 2014, madrasah ini
mula mendapat perhatian dan sambutan dari penduduk sekeliling, pelajar semakin
bertambah. Apabila anak-anak ini diajar, kami dapati terdapat potensi pada anak-anak untuk
mengahafal Al-Quran, maka pendekatan untuk menghafal Al-Quran mula diterapkan.

Menyedari kemampuan dan kemahuan pelajar-pelajar sediaada, pihak madrasah
menawarkan kelas hafazan Al-Quran sepenuh masa tanpa asrama. Alhamdulillah, tawaran
kami disambut baik dan terdapat kesungguhan dalam diri pelajar. Jumlah pelajar semakin
bertambah begitu juga dengan jumlah hafazan mereka.

2017-2018

Cawangan Madrasah berasrama dibuka

Menyedari keperluan pelajar, pihak pengurusan membuat keputusan untuk membuka
sebuah lagi cawangan di alamat LOT 5861, Jalan Sri Cahaya untuk kemudahan asrama
tahfiz lelaki agar sepenuh perhatian dapat diberikan dan pelajar dapat fokus lebih didalam
hafazan mereka. Premis lama dikekalkan untuk pelajar perempuan sahaja.

Asrama untuk pelajar tahfiz perempuan dibuka dengan jumlah katil yang terhad dan
bersyarat. Dengan hafazan yang meningkat sehari demi sehari, pelajar ini perlu dipantau
dengan harapan dapat membantu hafazan mereka.

2019- Kini

Terus Berkembang

Alhamdulillah MTAQ Darul Ilmiyyah At-Toyyibah masih berdiri dan berjalan hingga
penghujungnya dan mahu melangkah ke sesi 2020

Jemaah Pengurusan

Pengurusan & kakitangan MTAQ DIAT

Haji Mohd Phaudzi Bin Samsudin

Pengerusi

Hajjah Juriah Binti Zakaria

Penasihat

Ustazah Fatihah Binti Mohd Phaudzi

Bendahari

Ustazah Nabihah Binti Mohd Phaudzi

Naib Setiausaha

Ustaz Umar Bin Abd Aziz

Mudir

Ustaz Afiq I. Bin Rafiee

Setiausaha

Cik Puan Zainab Binti Ishak

Kakitangan

Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar kami yang berkelayakkan

Ustaz Umar Bin Abd Aziz

Hafiz Al-Quran 30 Juzuk – Madrasah Nahdatul Islamiah, Shah Alam

Aalim – Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan

Qari – Darul Uloom Zakariyya, Afrika SelatanDaurah Lughah – Universiti Abu Noor, Syria.

Ustaz Afiq I. Bin Rafiee

Hafiz Al-Quran 30 Juzuk – Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan

Aalim – Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan

Ustazah Fatihah Binti Mohd Phaudzi

Aalimah – Madrasah Tarbiyatul Banaat, Afrika Selatan

Daulah Lughah – Universiti Abu Noor, Syria

Ustazah Nur Afiqah Binti Aminuddin

Hafizah Al-Quran 30 juzuk – Maahad Tahfiz Baituz Zahra, Rawang

Ustazah Nabihah Binti Mohd Phaudzi

Aalimah – Madrasah Tarbiyatul Banaat, Afrika Selatan

Daie – Madrasah Tarbiyatul Banaat, Zambia

Ustazah Juwairiah Binti Rafiee

Hafiz Al-Quran 30 Juzuk – Maahad Tahfiz Ummul Qura’, Sabak Bernam

Aalimah – Madrasah Muienul Islam, Afrika Selatan

Ustazah Fatin Nadira Syuhada Binti Mohd Nasir

Diploma AlQuran dan Al Sunnah – KUIS

LUGHAH -MA’HAD DA’WAH WAL IRSHAD MOHD AL-FATEH